DEMI REDHA-MU
Sekadar perkongsian :

" Salam. Awak, ni
mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan
tinggal. Study elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great muslim doctor. Sorry for
everything. May hapiness will always be yours".
Zara membaca balik SMS yang dikirim
kepada Ahmad. Agak berdebar menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Ahmad!
Perlahan-lahan Zara membaca SMS.
" Terima kasih atas
segalanya. Doa, nasihat Zara bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Zara."
Berderai air mata Zara selepas
mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan
seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar.
Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Zara menangis di bawah selimut. Berjam-jam
lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan
terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Zara tak ceritakan
kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak kan faham keadaan yang dia
hadapi. Terasa sangat lemah, Zara menghantar SMS kepada naqibahnya, kak Fifi.
Zara pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak
Fifi banyak membantu Zara selama Zara menjadi anak usrahnya. Kak Fifi juga yang
menasihati Zara supaya menghentikan semua ni.
" Salam akak. Saya dah cakap
kat dia. Ni kali terakhir kami contact
each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
" Zara..Menangis tu perlu untuk
suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right
thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi
Zara. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul sentiasa ada ".
Memang Zara sedih bila dia harus membuat keputusan seperti
ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa
lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia
lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting!
Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia
membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej
akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya itu. Kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling
penting. Zara mahu berhenti berSMS dengan Ahmad sebab dia takutkan Allah. Dia
nak berhenti bukan kerana kak Fifi yang suruh tapi sebab Allah! Zara mahukan
redha Allah. Sebab Zara tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat.
Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Zara berSMS dengan
Ahmad. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu
dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Zara peroleh
redha Allah.
Zara juga takut seandainya hidayah
Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang
dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin.
Setiap kali berSMS dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa
bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu
perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".
(Al-Isra': 32)
(Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak
bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah
'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan
melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah
r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya
mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya
melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya
mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang
matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka.
Lagipun tiada calling-calling.
Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Zara sentiasa teringatkan
Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa teringatkan Ahmad.
Sebab itu Zara nekad kali ni.
Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah,
dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga
tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.
" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi
menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
" Bye Ahmad. Memang saya nak sangat awak yang
jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak
saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya
serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita,
InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita
dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang
tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best
planner kan?".
" Ahmad, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."
FROM:: Artikel iluvislam.com
(Biodata Penulis:Nor
Azieda Mohd SuhaimiPelajar tahun tiga jurusan farmasi di University of Tasmania )