Saturday, 2 March 2013

Encik Mimpi punye post ^^

Assalammualaikum... :)
copy entry from Encik Mimpi(http://encikmimpi.blogspot.com)* mintak izin ye EM^^ *
((    sedehhhh sgttt entry niee,sbb cm sme ngn aq jee.. huhuuu,,,sobbsss2 :'(   ))


A letter for my Ex-Bestfriend

Assalamualaikum.

Sebelum aku cakap apa-apa, aku ingin menujukan beberapa soalan. Ada sape-sape yang tak tau maksud BFF? Tak kan tak tau beb. Zaman urban camni kene ar tau istilah-istilah sofistikated macam ni beb. BFF bermaksud "Best Friend Forever", bukan Backstreet Boy okay. Jangan sampai aku ludah muka mahasiswa.

Yang aku maksudkan kat sini bukan Best Friend biasa, I mean Best Friend yang berlainan jantina dengan kita dan dialah satu-satunya orang yang kita ceritakan semua masalah kita and kadang-kadang tu dengan boyfriend/girlfriend kita sendiri pon kita tak share benda macam ni sekali. Korang mesti ada bestfren macam ni kan?

Aku rasa benda ni memang biasa dah dengan masyarakat kita zaman sekarang. Kadang-kadang ada certain benda kita tak nak/ tak boleh nak share dengan BF/GF kita sendiri. Lagi-lagi kalau masalah yang melibatkan hubungan kita dengan pasangan kita tu sendiri.

Aku pon ade bestfriend macam ni dulu. Semua masalah aku akan kongsi dengan dia. Aku percaya kat dia n dia percaya kat aku. Kitorang saling share kegembiraan and kesedihan antara satu sama lain. Ayat-ayat seperti "weh aku rindu ko arr" kalau lama tak bertegur, atau ayat seperti " weh ko jangan sedih , aku kan sayang ko", kalau ingin memujuk jika ada yang bersedih antara kitorang seperti ini menjadi kebiasaan kepada hubungan "bestfriend" kitorang ni.

Waktu tu aku dah ada GF, and aku mengaku aku sangat tak adil pada GF aku waktu tu. Sebab banyak perkara yang aku rasa lagi selesa nak share dengan bestfren aku ni berbanding dengan GF aku sendiri. Waktu tu pulak bestfren aku ni takde BF. Waktu kitorang awal-awal rapat dulu aku ada tanya dia, takpe ke kita rapat macam ni. Aku kan ada GF. Dia kata dia tak kisah. Dia siap mintak permission lagi nak rapat dengan aku. Dia tanya "boleh tak aku jadi bestfriend ko?". Agak pelik soalan tersebut, sebab aku terfikir sejenak waktu tu, perlu ke mintak kebenaran untuk jadi bestfriend. Huhu.. Dia kata dia cuma nak jadi kawan yang setia mendengar semua masalah aku dan dia nak bersama dengan aku waktu aku susah dan senang. So sweet of her.

Dan kitorang pon makin hari makin rapat. Sangat-sangat rapat. Dia selalu bagi aku coklat dan juga kad-kad yang comel. Lagi-lagi waktu exam,dia bagi kad/surat sebagai pembakar semangat untuk hadapi paper-paper yang mendatang. Aku pon tak lupa untuk membalas coklat dan kad yang dia bagi kat aku tu. Aku mengaku aku betul-betul sayang kat dia, tapi aku tak pernah ada perasaan cinta kat dia. Aku jujur, aku cuma rasakan aku sayang dia gila babas sebagai kawan yang sangat caring dan memahami je, tak lebih dari itu. Bagi aku, perasaan cinta yang ada kat aku ni bukan untuk dia, perasaan cinta ini hanya untuk GF aku waktu tu. Perghh.

Aku sayang kat dia. Dia sahabat aku di waktu aku kecewa dan ketawa. Waktu aku fly pon dia yang lebih ambik berat tentang aku berbanding GF aku sendiri. Perempuan yang terakhir aku jumpa before aku fly pon dia jugak. Walaupon aku ade awek aku sendiri, aku tak pernah lupa tentang dia and selalu concern pasal life dia kat malaysia. Bagi aku yang ada awek waktu tu, awek tetap awek, tapi bestfren tetap bestfren jugak. Aku tak pernah ketepikan dia dengan beralasankan awek aku.

Sekarang dia dah ada boyfriend. Aku happy untuk dia sebab aku nampak dia bahagia dengan BF dia tu. Aku nampak BF dia tu pon sangat baik dan menyayangi dia. Ok what. Cuma yang tak best nya hubungan kitorang da tak macam dulu lagi. Aku sedar dia dah ada yang punya, dia kene tetapkan hati pada siapa yang dia cintakan. Aku pon rasa aku kena belajar tentang setia, jadi mungkin sedikit sebanyak kehadiran dia dalam hidup aku boleh mengganggu kesetiaan dan kejujuran aku pada orang yang sepatutnya aku berikan rasa itu.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tinggalkan dia. Aku ambil keputusan untuk hapuskan "hubungan bestfriend" yang ada antara kitorang. Aku tak tegur and tak contact dia langsung walau sedikit pon dalam satu tempoh masa yang sangat panjang.

Aku lakukan ini semua sebab aku sedar yang aku dan dia semakin meningkat dewasa, dan akan memilih haluan masing-masing untuk teruskan kehidupan. Sampai bila kitorang nak "bersayangan" begini sedangkan masing-masing mempunyai komitmen hidup tersendiri. Mungkin dengan cara kita menamatkan "hubungan bestfriend" ini adalah jalan yang terbaik untuk kita berdua lebih bahagia di masa hadapan. Cuma aku tak boleh bohong yang aku kadang-kadang sangat rindukan kenangan-kenangan yang pernah kita berdua lalui pada waktu dulu.

Apa-apa pun, life must go on. 

http://matcuoi.com

Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita ikhlas dalam kehidupan.


Dan aku ada pesanan untuk dia. Aku harap dia baca benda ni. Aku tak tau nak bagitau dia macamana lagi. Aku tak tau dia akan baca atau tak, tapi tak salah jika aku mencuba kan?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Dear my Ex-Bestie,

Assalamualaikum

Weh, kau sehat tak. Lama gila tak contact kan. Da hampir 3 tahun jugak kan.http://matcuoi.com Aku tak tau nak mulakan pesanan aku ni macamana. Sebab da lama gila kita tak bertegur. Rasa macam awkward gila. Huhu.

Camane hidup? Aku rasa kau takde hal kan.. Aku kenal kau.. Kau seorang yang sangat kuat dan tabah. Kau boleh handle semua perkara yang datang kat kau. Kau sangat berkeyakinan dalam apa pon perkara yang kau buat. Kau sangat berusaha keras untuk dapatkan apa yang kau mahukan. So aku tak risau kalau kau ditimpa apa-apa masalah sebab kau sangat berani menghadapi apa-apa dugaan pon. Aku kenal kau dengan sifat kau yang sangat positive macam ni. Hee..

Hey. Baru-baru ni time aku kemas-kemas barang aku kat sini, aku terjumpa barang yang kau bagi kat aku dulu. It's a pair key chain yang ko bagi before aku fly dulu. Keychain yang bentuk macam boy tengah pakai headphone tu. Aku simpan lagi tau! Aku sayang nak guna sebab aku takut dia rosak atau kotor. Ko pon tak pernah suh pakai kat mana-mana. Aku tak pakai la, aku just simpan baik-baik. Ko simpan lagi tak pair dia tu? Hee..

Sebab tu lah aku tiba-tiba rasa nak hantar pesanan ni kat engkau. Entahlah, aku tak tau kenapa aku tulis benda ni. Sorry kalau apa yang aku tulis ni mengganggu hidup kau sekarang ni, tapi izinkan untuk kali terakhirnya aku sampaikan pesanan ini untuk kau. 

Aku cuma nak sampaikan yang aku kat sini baik-baik saja. Study aku pon dah makin baik.. Makan minum semua aku berjaya jaga dengan baik. Sebab tu lah aku da makin berisi sekarang. Huhu.. Aku cakap semua ni sebab dulu kau selalu ingat aku ni tak pandai jaga diri. Asek nak risau kat aku je keje. Huhu.

So aku nak kau pon lakukan benda yang sama. Jaga diri kau baik-baik kat sana. Jaga makan minum kau tu jugak.. Study kau tu.. Aku tau study medic memang bz dan susah, tapi jangan mudah mengalah ok. Jangan mudah mengeluh jika diuji.. Pastikan kau grad dengan bergaya nanti..Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau kat sana. Kebahagian kau dengan 'dia' pon aku tak lupa untuk doakan, semoga korang kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu cicit nanti. :)

Lastly, aku nak mintak maaf atas semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada kau. Aku tau aku pernah kecewakan kau, aku buat kau sakit hati, aku tinggalkan kau tanpa sebarang kata. Semua yang aku buat ini adalah untuk kebaikan kita bersama jugak. Kau ada dia, and I had mine. Kita masing-masing perlu belajar erti kesetiaan dan kejujuran pada orang yang betul-betul kita pilih. Harap kau maafkan aku dengan seikhlas hati kau. Halalkan makan minum aku. Halalkan masa yang pernah kau spend dengan aku. Halalkan kenangan manis yang pernah kau beri kat aku dulu. 

Sincerely.
-me-

P/S: Ustazah Pilihan Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.


Friday, 1 March 2013

MASA KOSONGGGG :D


Assalammualaikum... http://matcuoi.com 
1 March 2013 ! terasa masa cepat je berlalu~SEM 2 pn da strt!!http://matcuoi.com

ermm..Cuti SEM la waktu paling meaningful sekali utk pelajar kan? Hehehe… :DD   Aq pun x terkecuali untuk  memanfaatkan  masa II ter’kosong’ ini dengan aktiviti II yg berfaedah time cuti SEM lepas(sblum naek SEM 2).. cehhh~~ hehe :P

Walakin (tetapi), memang x dinafikan,kadang-kadang tu ada jgk benda II  ntah pape je dibuatnya ^^ ishh3..  :Dhttp://matcuoi.com



Imam Bukhari telah meriwayatkan daripda Abdullah bin Abbas, sabda Rasullullah s.a.w:
“ Terdapat 2 nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalammya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang .”

Orang kata jangan diikut sangat rasa malas tu, so try la to defend yourself from our big enemy, lust (nafsu) !!! :) fighting!!~~http://matcuoi.com 

laanie ,aq nk share ape yg aq buat time cuti hari tu :) ta de la byk mane,setakat yg te'rajin' .. hihi^^ mostly, cooking & baking,sebab baru dpt resepi baru~ 


Jom intai II sikit,,,sikit je ye,,,hihi~ :




*Beriadah by gotong-royong sapu smpah kt kmpg wan,
                    jumpaq 2 ekor kura kura,,hee :)                          



*adik aq,Syukri & sepupu a.k.a bff dia kt kmpg..huhu- main bolaaa :)



*melawat nenek kt Hospital Melaka,kncing manis nenek tinggi :'(
semoga cpt sembuhh nek,smpai harini blum discharged ag..lme da.. http://matcuoi.com


4 types of dessert,I did it~

*PAVLOVA yg sgt manisssss ^_~ http://matcuoi.com


*DURIAN CREPE! boleh la,sdp bge yg ske mkn durian~ :)





*traditional one~hee.. CEK MEK MOLEK! 




*time wedding abg iwan n kak fara ~
Selamat Pengantn Baru :) http://matcuoi.com